Thursday, 7 June 2012

Neuer: Kami tak akan ambil ringan Portugal


Penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer menasihatkan rakan-rakan pasukannya agar tidak mengambil ringan Portugal dalam perlawanan pertama mereka.
Pasukan Joachim Low adalah salah satu pasukan kegemaran untuk memenangi Euro 2012 dan dijangka akan mara dari Kumpulan C, yang juga dikenali sebagai 'Kumpulan Maut' dengan Belanda, Portugal dan Denmark juga di dalam kumpulan itu.

Jerman telah menujukkan prestasi yang hebat dalam beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini, mendapat tempat ketiga dalam dua Piala Dunia terakhir dan kalah di akhir Euro 2008 kepada Sepanyol. Dengan ramai pemain muda yang berbakat seperti Mesut Ozil, Mario Gotze, Andre Schurrle dan Marco Reus, mereka adalah salah satu pasukan yang paling kuat dalam pertandingan ini.
Walaubagaimanapun, Neuer telah menggesa rakan pasukannya agar tidak berasa terlalu yakin apabila menentang Portugal dalam perlawanan pertama mereka pada hari Ahad.

"Saya harap kami dapat mulakan pertandingan ini dengan baik supaya tekanan atas kami akan lebih kurang, tetapi kami tidak boleh terlalu yakin menjelang perlawanan itu," katanya pada sidang akhbar

"Banyak yang telah berubah sejak Piala Dunia 2010. Ketika itu, saya masih tidak pasti jika saya adalah penjaga gawang utama Jerman. Sekarang saya gembira dengan tanggungjawab saya dalam pasukan ini.

Neuer akan menghadapi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, yang tiba di kejohanan itu selepas satu musim yang hebat di mana beliau menjaringkan 60 gol dalam 55 perlawanan untuk Real Madrid. Penjaga gol Bayern Munich yakin dapat menghalang Ronaldo sekali lagi, setelah berjaya membuat demikian di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Ketiadaan Villa, Puyol akan dirasai pasukan


Victor Valdes mengakui Sepanyol akan merasa ketiadaan David Villa dan Carles Puyol di Euro 2012.
Kedua-dua Villa dan Puyol tidak akan berkasi di Euro 2012 akibat kecederaan.
Rakan pasukan Barcelona mereka, Victor Valdes berkata ketiadaan dua pemain berpengalaman itu mungkin akan menjejas pasukannya, yang telah memenangi Piala Dunia 2012 dan Euro 2008.

"Ketiadaan mereka akan dirasai pasukan ini kerana mereka sangat penting untuk kami. Mereka sangat berpengalaman dan telah menyumbang banyak untuk pasukan kebangsaan," penjaga gawang itu memberitahu BBVA.com.
Walaupun menjadi salah satu pasukan kegemaran untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Euro, Valdes menegaskan bahawa pasukan Vincente Del Bosque akan mengambil perlawanan satu demi satu dan akan berikan tumpuan pada perlawanan seterus mereka.

"Semua pasukan yang ada di sini adalah pasukan yang hebat dan semua orang akan berikan segala-galanya," pengaja gawang Barca itu berkata.

"Sekarang kami mesti bermain perlawanan satu demi satu. Saingan pertama kami adalah Itali dan kami kemudian kami akan berikan tumpuan kepada perlawanan seterusnya.

Sepanyol memulakan kempen Euro 2012 mereka menentang Itali pada 10 Jun.

Kelly menggantikan Cahill


Pengurus England Roy Hodgson mengalami satu lagi masalah kecederaan setelah Gary Cahill retak rahangnya.
Cahill mengalami kecederaan itu apabila dia ditolok ke Joe Hart dalam separuh masa pertama kemenangan 1-0 ke atas Belgium di Wembley.
Dia telah dihantar untuk X-ray dan Persatuan Bolasepak (FA) telah mengesahkan kecederaannya itu.
Pemain Liverpool Martin Kelly akan menggantikannya.
Ia telah meneruskan minggu yang buruk untuk England yang telah kini hilang tiga pemain setelah Gareth Barry dan Frank Lampard mengalami kecederaan.
Satunya berita baik untuk Hodgson adalah yang John Terry sedia bermain setelah ujian x-ray beliau menunjukkan yang dia tidak mengalami kecederaan parah.
Kenyataan dari FA: "Gary Cahill telah ditarik daripada pasukan England untuk Euro 2012 setelah kecederaan yang dialami dalam perlawanan dengan Belgium."
"Pemain Chelsea itu mengalami dua keretakkan di rahang beliau."
"Pemain Liverpool Martin Kelly akan disertakan dalam pasukan - hanya setelah diberi kebenaran oleh pasukan medikal UEFA. Kelly telah berlatih dengan pasukan England minggu lepas dan adalah antara para pemain yang telah ke Norway."
Rio Ferdinand tidak dihubungi dengan Hodgson memercayai yang Kelly memerlukan masa yang lebih cepat untuk meningkatkan tahap kesihatannya berbanding dengan beliau

"Ada sebab lain Rio tak dipilih"


Robbie Fowler mendakwa bukan atas "sebab-sebab bola sepak" Rio Ferdinand tidak dipilih oleh Roy Hodgson untuk skuad Euro 2012 England.
Pengurus England, Roy Hodgson menghadapi banyak soalan apabila menamakan skuadnya untuk Euro 2012 tentang sebab beliau tidak memilih Ferdinand.
Apabila Gary Cahill mengalami kecederaan Sabtu lalu dan disahkan tidak dapat berkasi di Euro 2012, Hodgson memanggil Martin Kelly sebagai penggantinya.
Fowler - yang pernah bermain bersama Ferdinand untuk England dan Leeds, mendakwa di blog PaddyPower.com: "Saya pasti bukan "sebab-sebab bola sepak" yang membuat Hodgson tidak memilih Ferdinand. Semua orang tahu itu bukan sebabnya.

"Sebab sebenar adalah John Terry bersikap perkauman terhadap adik Rio, Anton.
"Saya pernah membaca bahawa Ferdinand telah berhubung Hodgson tidak lama selepas beliau dilantik sebagai pengurus dan berkata beliau bersedia untuk bermain dalam pasukan yang sama dengan Terry.

"Rio kemudian tidak dipilih untuk skuad Euro 2012 atas "sebab-sebab bola sepak".

"Keputusan Hodgson untuk menggantikan Gary Cahill dengan Martin Kelly adalah yang telah benar-benar menyebabkan kekecohan sekarang.

"Saya bermain bersama Rio Ferdinand di Leeds United. Beliau adalah seorang pemain yang hebat. Beliau memulakan 30 perlawanan Liga Perdana untuk Manchester United musim lalu dan hampir memenangi liga. Sebab-sebab bola sepak?

"Rio adalah seorang pemain yang lebih tenang daripada John Terry. Terry adalah lebih dominan, dan ya, England perlukan itu kerana Roy Hodgson tidak mahu pasukannya dibolos, tetapi saya masih akan memilih Ferdinand.

"Tetapi ini kelihatan seperti akhir kerjaya  Ferdinand untuk England

"Tetapi saya tetap gembira Martin Kelly telah mendapat panggilan. Beliau adalah seorang pemain muda yang hebat di Liverpool."

"England boleh main tanpa Rooney"


Theo Walcott yakin England boleh menggantikan Wayne Rooney untuk dua perlawanan pembukaan Euro 2012.
Rooney akan digantung untuk perlawnan dengan Perancis di Donetsk dan Sweden di Kiev selepas dibuang padang dalam perlawanan kelayakan dengan Montenegro di Podgorica.

Ketiadaan beliau akan amat dirasai oleh skuad yang kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan tetapi Walcott mempunyai kepercayaan kepada pemain-pemain yang ada.

Walcott berkata: "Wayne jelas seorang pemain yang sangat penting kepada pasukan kami. Tetapi kami perlu bangkit dari itu. Anda perlu bertindak daripada kekecewaan itu.

"Beliau telah digantung untuk dua perlawanan tetapi para pemain kami bermain di liga terbaik di dunia. Ia bukan satu tugas yang sukar untuk sesiapa yang menggantikan Wayne."

England telah kehilangan banyak pemain berpengalaman sejak Hodgson mengumumkan skuadnya.

Walcott menambah: "Nasib kami sangat malang, tetapi para pemain yang telah mengganti pemain yang mempunyai kecederaan itu akan bermain dengan baik dan mereka sangat positif."

Seorang pemain yang Walcott yakin boleh meninggalkan kesan adalah rakan Arsenal beliau Alex Oxlade-Chamberlain, yang membuat penampilan pertama untuk England dalam kemenangan atas Belgium di Wembley pada Sabtu.

Walcott berkata: "Alex adalah seorang jenis pemain yang anda tidak perlu memberi nasihat sebelum perlawanan.

"Dia adalah seorang pemain yang muda, bermain dengan tanpa rasa takut, dan amat yakin.

"Jika ada orang yang tidak kenal beliau sebelum pertandingan ini, mereka akan kenali beliau selepas pertandingan ini, saya pasti."

Masih ada masa untuk Van Persie


Robin Van Persie menegaskan dia tidak akan membenarkan hal masa depannya menganggu persiapannya untuk Euro 2012 namun akui Juventus satu pasukan yang hebat.
Van Persie telah menikmati tahun yang hebat di Arsenal selepas menjaringkan 37 gol untuk membantu pasukan itu bangkit dan layak ke Liga Juara Juara musim depan.
Perbincangan baru-baru ini tentang penyambungan kontraknya yang tamat musim panas depan telah gagal dan dia telah diminati oleh kelab terbaik Eropah termasuk Juventus, Barcelona dan Manchester City.
Van Persie telah bersetuju untuk tidak mengulas tentang rancangannya musim depan sehingga Kejuaraan Eropah tamat tetapi pemain Belanda itu memuji juara Itali, Juventus dengan berkata: "Juve? Mereka satu pasukan yang hebat.
"Saya bersetuju untuk tidak membincangkan tentang masa depan saya dengan Arsenal.
"Saya hanya boleh mengatakan niat saya adalah untuk beraksi dalam Euro dan kemudian menjuarai Liga Juara Juara."